Tentang Kami

Tentang Kami

KMS RISDA ini dibangunkan untuk membolehkan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat bagi menyokong peningkatan pengetahuan dalam kalangan staf dalaman RISDA, pekebun kecil dan umum. Fokus utama bagi pelaksanaan fasa pertama sistem ini adalah menyediakan satu platform terbuka bagi kumpulan pengguna sistem mencapai apa jua bentuk pengetahuan dan maklumat yang diperlukan berkaitan teknologi, kajian serta program yang dilaksanakan di RISDA.

Bahagian Komunikasi Korporat dengan kerjasama bahagian-bahagian di Ibu Pejabat RISDA akan bertanggungjawab untuk menyelia kandungan sistem KMS RISDA ini dan RISDA berasa berbangga kerana dapat menyediakan satu sistem yang berasaskan kepada budaya ilmu yang bukan hanya dapat memanfaatkan pengetahuan untuk diakses tetapi juga merupakan satu ruang dan peluang untuk satu-satu pengetahuan itu dijana oleh mereka yang pakar dan mahir dalam bidangnya di RISDA.