Soalan Lazim

Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan intensif/bantuan Skim Intensif Produktiviti Getah (SIPG) serta berapakah kadar komponennya?

Syarat-Syarat permohonan SIPG adalah:-

a) Warganegara Malaysia
Berdaftar dengan RISDA/memiliki kad SIC
b) Hak milik tanah yang sah
c) Jumlah keluasan tanah tidak melebihi 4.0 hektar secara agregat
d) Kebun matang dan bertoreh dengan produktiviti sekurang-kurangnya 800kg/ha/tahun
e) Kelayakan intensif boleh diberikan pada tahun berikutnya dengan syarat mencapai peningkatan tahunan 100kg.hektar/tahun (rujuk kad produktiviti pekebun kecil)
f) Kebun sentiasa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP)
g) Keutamaan permohonan kepada:-
i. Kebun yang menghasil dan menjual lateks
ii. Menjalakan jualan getah secara berkelompok
iii. Mereka yang menjadi ahli KPK/KPG Daerah/ Negeri dan pekebun kecil yang guna kad produktiviti

Kadar:

a) Semenanjung Malaysia – RM317/Ha
b) Sabah & Sarawak – RM400/Ha

Nilaikan artikel ini!
[Jumlah: 1 Average: 5]
Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan intensif/bantuan Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) dan Program Infrastruktur Pemasaran (PIP) serta berapakah kadar komponennya?

Syarat-Syarat permohonan PPG adalah:-

a) Pekebun Kecil Warganegara Malaysia
b) Berdaftar dengan RISDA/memiliki kad SIC
c) Hak milik kebun yang sah
d) Jumlah keluasan tanah tidak melebihi 4.0 hektar secara agregat
e) Kebun telah mencapai tahap matang dan boleh ditoreh sekurang-kurangnya mengandungi 70% @ 350 pokok sehektar
f) Kebun sentisa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Baik
g) Keutamaan permohonan kepada:-
i. Menjalankan jualan secara berkelompok
ii. Boleh bekerjasama sebagai Focus Group RISDA Mereka yang menjadi ahli KPK/KPG Daerah/Negeri

Kadar:

a) Semenanjung Malaysia – RM500/Ha
b) Sabah & Sarawak – RM650/Ha

Nilaikan artikel ini!
[Jumlah: 0 Average: 0]
Berapakah kadar intensif/bantuan dalam komponen Program Infrastruktur Pemasaran (PIP)?

a) PTS – RM250,000
b) DPS – RM30,000
c) DPL (MODEL A) – RM 40,000
d) DPL (MODEL B) – RM 25,000

Nilaikan artikel ini!
[Jumlah: 0 Average: 0]
Apakah tindakan pihak RISDA berkenaan isu harga getah yang rendah?

a) Membuat jualan getah pekebun kecil secara pemasaran berkelompok melalui tender. Impak: meningkatkan harga skrap di peringkat ladang daripada RM1.25 kepada RM 2.03 (peningkatan sebanyakRM0.53/kg) pada bulan Disember 2018.
b) Menggalakkan pekebun kecil untuk bertukar daripada pengeluaran skrap getah kepada lateks. Impak : meningkatkan pendapatan pekebun kecil sebanyak 20-30%.
c) Pelaksanaan Skim Intensif Pengeluaran Getah (IPG) di mana harga lantai telah ditetapkan sebanyak RM 2.50/kg mulai Januari 2019 – semua pekebun kecil yang menjual getah layak menuntut perbezaan antara harga ladang dan harga lantai di lembaga Getah Malaysia (LGM).

Nilaikan artikel ini!
[Jumlah: 0 Average: 0]
Adakah cara lain untuk mendapatkan harga getah?

Di Portal Rasmi RISDA dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Nilaikan artikel ini!
[Jumlah: 0 Average: 0]